Sahabat

Ahad, 9 September 2012

Ramadhan : Saya Berubah Lagi

Salam friends... hehehe.. tajuk cam gempak je kan. Sebenarnya semua orang pun berubah dan setiap orang tu pun sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa sejak dilahirkan sampailah hingga ke akhir hayat. Well... daku pun sama la jugaaaaakkkkk. Cuma bezanya perubahan daku kali ni.... perbezaan yang took place only after more than 30 years. Hehe.

Picture from : www.befoodsmart.com
Semuanya terjadi ketika Ramadhan yang baru je berlalu. Seperti yang korang tau.. errrr yang kenal saya cukup lama untuk mengetahui yang daku dan memasak ibarat dalam dua dunia yang berbeza. Muahahahahaha. Daku ni nama je anak tukang masak... bapak tukang masak.. mak pandai masak.. tapi daku.. adoiii. Bagi daku masak memasak ni adalah kerja yang sangat remeh. Kena potong bawang, kena siang itu, kena blend ini, kena menumbuk itu... alalalalala banyak nyaaaa kerja kena buat. Itu antara faktor yang buat daku takleh ngam dengan "masak".



Itu teori daku laaaa.. tapi kalau ikut teori mak daku senang jeeeeee.. dia kata.. "kau ni bukan tak pandai masak.. tapi ada penyakit "M".."... omak ohh omak.. sangat betul laaaa apa omak cakap tu. Sampai tahap daku rela diberikan tugas membasuh pinggan atau mengemop atau mengemas atau menghias malah memanjat bumbung untuk betulkan aerial daripada suruh daku duduk dalam dapur dan untuk "memasak" atau membantu "memasak". Hahahaha. Dan disebabkan itu juga laaaaa daku ni rajin survey dan melawat restoran2 yang menyediakan makanan yang sedap dan yang menjaga kebersihan. Walaupun secara realitinya.. kebersihan di restoran tak mungkin sama dengan kebersihan di rumah. Dan banyak kelebihan memasak di rumah.. secara spiritual nya dan realitinya.

Seperti semua orang kalau balik kampung tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya apa mak nak masak raya nanti kan. Paling dasat pun kita akan tolong mak membuat segala psersediaan dan kelengkapan untuk menyediakan juadah raya. Oleh kerana daku tak suka potong memotong, siang menyiang, kupas mengupas semua tu.. maka dulu masa dengan parents tugas utama daku adalah untuk menganyam ketupat. Daku pulak memang suka benda2 kreatif.. so walaupun ketupat masuk dalam kategori "masak" tapi daku rela. Dari menganyam. mengetatkan, mengisi beras sampailah merebus dan menggantung.. tak lupa.. "memakan".. hehehehehe.

Daku tersangat suka menganyam sampai banyak juga jenis ketupat yang daku boleh anyam. Masa kecik2 lagi daku dah belajar buat semua ketupat tu sampai kepada ketupat palas dan cara mengikatnya. Mak daku yang belajar buat tak pas pas tapi daku duduk sebelah dengar je dah boleh buat sendiri. Tak sangka pulak bila dah besar kawin dengan orang tempat asal ketupat palas.. "Kedah". Jodohhh namanyaaaaa. Hehe. tapi baru2 ni daku tersedar daku dah lupa macamana nak anyam ketupat jantung. Hmmm... kena ulangkaji.

Lasagna Baru Masak dah kena kidnap
Dengan semua cerita di atas daku rasa korang pun faham betapa jauhnya daku dengan "memasak" dan betapa liatnya parents daku nak suruh daku memasak atau duduk di dapur membantu mereka memasak. Mak dengan bapak boleh duduk satu dapur memasak untuk raya tapi anak dara dia ni duduk depan tv menganyam ketupat sampai habis satu ikat daun kelapa.

So dengan tahap "keliatan" yang sangat tinggi waima untuk bantu mak memasak sekali pun.. diri daku sendiri sudah merasa hairan atas apa yang berlaku ramadhan yang baru lepas ni. Why??? of course la ada kaitan dengan memasak.

For your information... daku "MEMASAK" ok. Daku memasak tu pulak takde paksaan dari sesiapa. Dah tu.. daku tak minta sesiapa tunjuk ajar atau bantu.. daku cuma call mak minta resepi masakan yang daku nak. Daku catit aka taip dalam Galaxy Note daku dan kemudian execute dari beli barang, menyediakan bahan dan sampai makanan siap di masak.. di hidang dan di makan. Woohooo.. Zalifah memasak?? Hei hei.. daku sendiri sangat tak sangka. Kenapa daku sendiri tak sangka?

Sebabnya.. seperti berikut....

Lasagna daku sebelum berkuah
Daku tiba2 terasa nak buat biskut raya. Daku rindu nak buat biskut raya seperti mana yang daku selalu tolong mak masa budak2 dulu sebab mak ambil tempahan biskut dan kek untuk raya. Mak daku memang superb dalam hal2 macam ni. Sampai orang nak kawin pun order kek "melayu" mak daku tu. Heheh. Well.. korang nak tau apa daku buat.. hik hik hik.. daku boleh pulak pergi beli oven untuk bakar biskut dan kek. Pemukul kek tu memang dah ada hadiah masa kawin dulu bersarang dalam kotak. Daku bakar bukan satu je.. daku buat dua.. daku buat biskut sarang semut resepi MIL dan kemudian buat kek marble resepi emak ku. Dalam satu hari. Hmmm... berpeluh2 la satu hari suntuk membuat tu.. sampai ke malam baru siap. Maklumlah.. oven kecik jeee.. baru beli pulak kan. Hahaha.

Pastu daku masak makanan favourite daku.. "lasagna". Daku search resipi dalam internet. Ada banyak la resepi kan dalam internet.. so daku main rasa-rasa je resepi mana yang nampaknya sesuai dengan citarasa daku. Kemudian daku beli barang dan buat. Mula2 tu rasa macam tak berapa nak confident sebab first time buat kan.. ntah macamana rasa. Lagi pun lasagna ni ada macam2 versi.. ada yang kering ada yang lembab.. pastu ada yang masam sebab sosnya.. ada yang sedang elok. Masa lasagna daku di bakar tu daku pergi kedai beli ntah apa.

Lasagna daku dengan mushroom gravy
Tiba2 encik hubby call.. dia buat daku panic.. dia kata.. "Fah.. apa jadi dengan lasagna awak ni".. adoiii.. nak gugur jantung.. all the effort.. adooiii... daku tanya.. "hah kenapa pulak bang?"... dia kata.. "ye laa.. saya nak ucap tahniah dengan lasagna awak ni".. dia tu suka menyindir.. selalu ucap tahniah sebab daku buat benda tak menjadi.. so daku tanya lagi.. "alalaaaaaa.. kenapa... tak sedap eh.. apa rasa?"... dia kata.. "bukan bukan.. lasagna ni sedappp.. tak sangka laaaa awak boleh masak lasagna yang sedap".. adui laaaaaa... buat panic ajeeee tau. Pastu daku senyum sampai telinga. Ahahahaha.

Pastu daku ulang buat lasagna tu dalam bulan Ramadhan.. adalah 3 kali sepanjang ramadhan. Sekali tu daku siap bagi pada jiran sebagai juadah berbuka. Hak hak.. ntahapahapaentah bagi lasagna untuk berbuka.

Kemudian daku memasak makanan favorite daku juga.. iaitu ayam masak merah. Resipi ni pun resipi emak ku.

Kemudian daku masak rendang daging. Cuma rendang daging tu jadi rendang "kedekut" daging.. atas sebab2 yang menyakitkan hati. Sebabnya daku ditipu penjual daging.. daging yang boleh di makan kurang dari setengah kilo while the rest tu daku rebus ntah berapa jam pun masih lagi boleh menyebabkan gigi mintak ampun bila mengunyah. Dah macam getah sekerap liatnya. Each time encik hubby makan dia akan kata.. "kalau orang tak kenal awak kan.. pastu dia makan rendang ni kan.. dia akan cakap.. apalah tuan rumah ni kedekut daging.. abuk rendang je banyak"... huhuhuhuhuhuhuhuuuuuu.. menanah je hati ni mengingatkan daku ditipu in my first attempt untuk masak rendang.

Padan muka aku la jugak.. sebab jarang pergi pasar. Well... kalau dah tak suka memasak tu.. apa juga benda berkaitan dengan memasak memang daku tak suka. Heh heh heh.

Masak Merah resipi Emak
Yang paling menarik kan... semua yang daku bake dan cook tu.. hubby daku kata.. "sedap.. excellent". Wah wah.. terkembang jappppp.

Komen encik hubby yang buat daku terasa nak buat posting ni ialah bila dia kata.. "Syadiyah... mama rajin la masak sekarang... bagus mama sekarang kan. Ayah kagumlah. Fah.. awak nak beli apa2 lagi untuk nak masak? Meh saya belikan.. awak cakap je apa. Syadiyah.. cepat kemas rumah.. mama tengah rajin masak ni baik kita tolong mama".

Hahahaha. Sampai tahap macam tu sekali kekaguman encik hubby melihat daku rajin masak dan masuk dapur. Sepanjang ramadhan sampai sekarang dia asyik senyuuummmm jeeeee bila tengok daku masuk dapur. Metaforanya.. senyum sampai telinga.

Hari raya yang lepas ipar duai daku nak datang rumah.. so encik hubby kata jom masak lasagna dan ayam masak merah untuk tetamu. Tapi kali ni dia sibuk membantu juga. Bila anak2 saudara daku rasa lasagna yang ada antara mereka tak pernah makan.. mereka request lagi sekali. So esoknya daku masak lagi lasagna masa membuat "lawatan balas" hari raya ke rumah my SIL. Ipar duai dan Biras2 daku pun suka makan lasagna. Sampai at one time daku rasa.. adoi.. muaknyaaa dengan lasagna. Sampaikan few times daku masak lasagna untuk orang tapi daku sendiri tak makan.. jangan kata makan.. rasa pun tidak.. sebab dah muak. Hahahaha.

Bila daku fikir2kan semula.. kenapa daku berubah dengan drastik which bermula dalam Ramadhan tahun ni.. sampai tahap beli oven bagai. Sampailah sekarang masih lagi daku masak memasak. So not me.. errrr so not who I was. Hehehe.

Nak kata sebab "middle age crisis"... errr takde mana "crisis" pun kan. Hehehe. Nak kata dah makin tua.. tak juga kan.. orang kata kalau dah tak suka tu sampai tua pun tak suka... perubahan hormon??? hmmm... emosi daku stabil jeeee.. hahahaha. Entahlah... yang pentingnya daku dah berubah.

Alhamdulillah.. daku suka dengan perubahan ni. En. hubby orang yang paling suka kot sebab dia suka makan. Hehehe. Nasib dia la yang suka makan tapi dapat wife yang tak suka masak selama 10 tahun berkawin. Selain tu bagus untuk my daughter sebab dapat makan makanan rumah yang bersih dan sihat. Sihat sebabnya... mama dia ni skrg health and weight conscious okey. Hahaha.

Kalau tahun-tahun sudah Ramadhan membawa perubahan dalam personaliti daku, cara daku melihat dunia serta kehidupan dunia, mengubah cara pemikiran daku... hasil dari pengalaman hidup yang penuh liku..... which more to spiritual dan mental... tapi kali ni Ramadhan membawa perubahan yang sangat spontanious yang hasilnya very immediate.. "makanan". Hehehe. Alhamdulillah.

Semoga perubahan yang baik akan kekal hingga ke akhir hayat.

Apa pendapat korang pulak pasal perubahan daku kali ni?? hehehehe. Sila sila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...