Dah berminggu nak menulis kisah ni tapi tak berkesempatan. Ada je kesibukan dan halangan. Hehehehe. Kali ni nak bercerita tentang apa yang berlaku lebih kurang dua - 3 minggu lepas.
Image Source |
Seperti yang dijangka... bila tiba je di laluan tersebut.. jem pun bermula. Hmm.. dalam hatiku berkata.. "ini leeee yang ok sket ni".. hehehe membebel dalam hati la kiranyaaa. Kalau bebel luar mulut kena jeling plak karang.. muahahahahahaha.
Kemudian kami teruskan perjalanan sambil berbual-bual. Ketika tu dah senja dah hampir nak maghrib. So harapan tu nak lekas sampai rumah supaya sempat buat segala macam persiapan dan bersedia sebelum hari gelap.
Kami melepasi lampu isyarat tapi dalam keadaan yang sesak dan tersangkut di tengah-tengah petak kuning. Daku katakan pada suami.. "bang masuk sebelah kiri ni.. takdelah kita duduk tengah-tengah petak kuning. Suami pun mengikut. Betul-betul lepas sahaja dari tiang lampu isyarat kami ternampak sebuah kereta kancil berwarna silver memberhentikan keretanya. Kami ingat biasalah kan.. penat ke atau dia nak berbual dalam phone ke.. so berhentilah di tepi kan.
Tapi yang mengejutkan apabila wanita yang memandu kereta tersebut keluar dari kereta kemudian mengipas-ngipas mukanya yang semakin merah. Kemudian dia melambai-lambai tangan kepada kereta di hadapan kami tapi kereta tersebut tak mengendahkannya dan meneruskan perjalanan. Hehe.. macamlah jauh sangat kereta tu boleh pergi kan.. bukan ke jem. Sekangkang kera pun tak sampai kereta tu bergerak pastu kena berhenti jugak sebab jem.
Kemudian wanita tadi menuju ke kereta kami pula. Ketika ni daku nampak dengan jelas wajahnya yang merah dan sedang menangis. Dia pun nampak terkejut dan takut. Daku kata kat suami.. "eh.. bang.. dia nangis.. ada masalah ke... boleh tolong tak bang?".. en. Suami kata.. "hah.. bukalah tingkap.. dengar apa dia nak cakap".
Daku buka tingkap dan nak bertanya, Tapi tak sempat daku nak buka mulut.. wanita tu terus berkata.. "cik.. boleh tolong saya tak.. saya mau pinjam phone... saya punya kereta cermin kena pecah, beg saya kena rompak.. phone saya dalam beg. Tolonglah saya.. saya mau call credit card dan bank"... dalam loghat cina. Dia menangis.. tapi tangisnya tu seperti tangis terpaksa.. mungkin sebab dia terkejut dengan kejadian tu kan. Kesiannya dia kan... so suamiku kata.. "ha.. awak keluar dulu.. saya cuba parking tepi.. kereta banyak belakang ni". Daku pun keluar dan kemudian daku menuju ke keretanya dan dapat melihat cermin depan sebelah penumpang dah pecah. Habis berderai kaca kat dalam kereta.
Daku pun bertanya dia.. "kereta awak dah kunci?"... dia kata.. "belum". Daku kata.. "kunci dulu.. kemudian baru boleh tinggalkan kereta dan pergi ke tepi jauh sedikit dari jalanraya. Dia pun pergi mengunci kereta. Kemudian daku tanya bank mana dia nak call... sedang dia berfikir nak menjawab tiba-tiba datang seorang lelaki India terus berdiri dekat-dekat dan betul-betul mengadap wanita tersebut sambil bertanya.. "yes, anything I can help you?"...
Errr..... ajaib bin pelik.. dari mana pulak mamat ni datang kan. Pastu terus menerpa je ke arah wanita tu. Muka dia pun daku tak nampak "concern" look. Tapi lebih kepada suka-suki. Wanita tu pulak terus menjawab.. "cermin kereta saya kena pecah". Terus daku mencelah.. "it's ok.. WE are helping her". Saja je daku tekankan perkataan "WE".. supaya dia tau.. wanita tu tak keseorangan.. daku sedang membantu.. dan daku yang membantu ni pun bukan keseorangan.
Tapi mamat selenge ni tengok daku sambil tersenyum kemudian memandang semula wajah wanita tadi dan bertanya lagi.. "so, anything I can do?"... sebelum sempat wanita tu menjawab sekali lagi daku mencelah.. "it's ok.. WE are helping her". Masa tu daku pandang tepat-tepat muka mamat tu dan besarkan sedikit bijik mata yang memang dah besar ni. Nak bagitau.. daku serius.. jangan main-main atau try. Agaknya amaran daku menjadi dan mungkin kerana dia nampak ada kereta yang sedang di "reverse" untuk di park di belakang kereta wanita tu.. betul-betul sebelah tempat kami berdiri. So.. dengan pantas mamat tu mem"blah" kan dirinya. Yang bestnya.. dia berjalan dengan laju ke tengah-tengah lane yang sesak tu kemudian melompat ke atas sebuah motor yang dah sedia menanti.
Kemudian suamiku datang pada kami. Daku pun dailkan nombor credit card center wanita tu. Dengan bateri handphone yang nak mati. Memang nasib kau la cik adik.. kalau kong bateri den masa ko tengah pakai ni.. kenalah minta pinjam orang-orang lalu lalang. Err... ada ke orang jalan kaki sini. Hehehehe. Sebab hp en suami ku awal-awal dah padam sebab Syadiyah asyik main game aje.
Dah tu kalau satu je credit card centre memang la daku tak takut sangat bateri nak padam. Ini 3 center ok. Tak masuk dengan bank untuk ATM card pulak. Ada pulak satu center yang lemao tanya itu ini untuk pengesahan. Untuk pengesahan tu daku faham laa.. ini tidak.. dah habis pengesahan dia bley tanya lagi yang ntahapahapa. Arahannya senang je.. "blok kad tu untuk sementara waktu sampai owner call semula atau datang sendiri ke center untuk activatekan semula". Dia boleh tanya lagi. Adoii.. blok aje laaa selenge oiii. Daku pulak yang berangin. Pastu daku kata padanya.. ATM kad tak payah call.. sebab diorang takkan boleh keluarkan duit tanpa nombor pin.. melainkan dia ada letak nombor pinnya kat dalam beg. Dia kata takde.. ha ok la tu.. takyah le call.
Kemudian daku kata padanya.. "call family you".. dia kata dengan syahdu.. "saya takde family.. family jauh.. saya duduk sini sama kawan".. kemudian dia teruskan tangisan yang memang berterusan dari awal tadi. Adeh. Ciannya dia. Bila tengok no plat keretanya.. "ACX ....". Hmmm.. kesian dia.. takde tempat mengadu. Hubby ku kata.. "kalau macam tu call kawan".. dia pun call lah kawan dia. As expected.. dia call sambil nangis mendayu-dayu. Adoi.. kesiannyeee. Huk huk. Daku bley faham sebab daku pun pernah accident masa baru-baru datang KL. Masa tu bujang.. sape la yang daku ada kat KL ni masa tu. Huk huk.
Dia pun mula terfikir dan bertanya.. "kat mana mau repair cermin?". Daku kata dah gelap ni mana ada kedai yang buka. Kedai makan, kedai motor, kedai rambut adalaaa buka sampai malam kan kan kan. Kedai cermin kereta mana der.
En. Suami daku bertanya.. "tinggal mana?"... "puchong".. puchong mana ntah tapi encik Suami ku kata.. "jauh tu.. dari sini nak sampai ke sana bahaya juga". Tapi fikir punya fikir.. takde lain yang boleh dilakukan.. dia terpaksa juga terus driving sampai kat rumah atau pun di tempat yang kawan serumahnya kata akan datang untuk berjumpanya. Suamiku kata.. "you boleh drive tak?".. dia kata.. "boleh"... suami sambung.... "ok.. kalau macam tu you drive jangan berhenti mana-mana.. teruskan drive sampai tempat yang kawan-kawan you nak jumpa.. ok". Dia kata.. "ok ok.. baiklah".
Ketika semua kekalutan ni ada dia kata.. "nasib baik wooo.. ini I pad saya tak letak dalam beg.. kalau tak I pad pun hilang juga.. huhuhuhhuuwuuuwuwuwuwu. Tapi I pad ni tak boleh call wooo"... sambil teruskan nangis. Ha'ah.. daku perasan juga dari awal dia keluar kereta dia peluk je Ipad dia tu.
Sebelum dia bergerak tu daku sempat berpesan.. "you drive terus jangan singgah mana-mana pulak.. Ipad tu simpan elok-elok.. jangan letak atas sit lagi.. bahaya"... dia kata.. "ok ok baiklah". Kemudian dia teruskan perjalanan. Jem masih lagi tak reda. So sementara dia masih dalam pandangan kami, kami perhatikan dia. Sebab manalah tau kot kot penyangak kembali lagi.
Kemudian daku ceritakan pada encik Suami tentang mamat tadi tu. En. Suami ku panik kejap dan kata.. "dia datang terus pada pompuan tu?".. daku kata "ya... kenapa?"... suami daku kata.. "nasib baik dia pergi terus". Sebab menurut en. Suami.. ada kes kes yang disyaki penjenayahnya datang semula dan memastikan takde apa yang berharga yang mereka tertinggal. Ada kemungkinan la jugak kan. Imagine laaa.. dah berapa lama sejak wanita tu melambai-lambai dan kemudian daku dah siap turun dan siap suruh dia matikan enjin dan kunci pintu kereta. Sempat lagi daku bertanya dia nak call center mana dulu... baru terhegeh-hegeh mamat tu datang. Datang dengan laju dan menuju tepat ke arah wanita tu pulak.. dah tu bila pergi macam ribut dan melompat naik motor tengah-tengah jalan sesak.. siap ada sorang lagi tunggu. Kalau betul nak tolong.. berhentilah tepi kan.. kenapa nak biar penunggang tunggu kat tengah-tengah jalan. Wanita tu pulak asyik memeluk Ipad nye. Adoi.
So frensss.. antara moral yang daku nak tekankan ialah.. dalam keadaan-keadaan begini jangan tergopoh-gopoh untuk membantu orang. Kena pastikan kita bersedia in case apa-apa yang tak dijangka berlaku. Maklumlah zaman sekarang ni macam-macam taktik orang jahat nak guna. Jangan sampai niat baik nak tolong orang bertukar jadi mimpi ngeri kita pulak kan.
Kemudian.. jangan menerima bantuan yang nak dihulurkan tanpa bersebab.. maknanya.. contoh macam tadi tu la.. wanita tu dah takde minta tolong tiba-tiba tak semena-mena datang je mamat tu kan. Siapa tahu.. entah-entah kalau kami terima dia dengan penuh "relief" tiba-tiba Ipad pulak kena rentap.
Selain tu.. cubalah elakkan melalui jalan-jalan yang jem dan sempit.. kalau boleh la. Sebab macam yang daku ceritakan awal tadi.. ada laluan lain boleh lalu tapi laluan yang en. Suami ku pilih tu adalah laluan sempit. Memang tak boleh buat apa kalau ada emergency. Imaginelah.. kat tengah-tengah orang ramai.. ketika jem dan kereta bersesak-sesak si penjenayah boleh buat kerja. Sebab dia tahu takde siapa boleh kejar dia. Dia naik motor.. ada dia kisah. Orang lain yang nampak pun boleh buat apa.. takkan nak turun tinggalkan kereta dan kejar motor tu pulak kan.. hmmm.
Yang paling penting.. jangan laaaaaaaa letak beg atau segala mak nenek yang berharga atau nampak berharga atau dijangka ada benda-benda berharga di atas sit sebelah penumpang itu. Letaklah kat bawah kaki ke bawah sit ke.. adalah lebih selamat. Dalam kes ni seb baik Ipad nya tak diletak dalam beg. Kalau tak memang la menangis tak berlagu amoi tu.
Kalau ada pilihan laluan.. seboleh-bolehnya ubah-ubah laluan. Jangan guna laluan yang sama setiap hari... sebab selalunya bila penjenayah nak buat ni.. dia dah perhati dulu siap-siap kereta mana selalu macam ni dan lalu sini waktu macam ni.. dan bla bla bla. Ok.. dah besar.. pandai la fikir ye.
Finally.. Ipad tak boleh buat call.. maka belilah Sambung... Tablet pun boleh buat call.. hidup Samsung.. muahahahaha.. nyempat jeeeee. hehehe. Jangan mara ye pengguna apple. Hik hik hik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan