Sahabat

Ahad, 16 Disember 2012

Ibu Tunggal : Dilema dan Masalah

Salam semua. Hari ni tiba2 terasa nak berkongsi satu cerita dan seperti biasa... beri pendapat dari pandangan kamidandunia dalam hal ini. Ibu tunggal ada pelbagai jenis ibu tunggal.. tapi yang pasti ibu tunggal itu merujuk kepada wanita yang dah punya anak dan tiada suami. Tiada suami sebab suami meninggal atau sebab belum berkahwin.... itu persoalan lain. Kali ni nak berbicara tentang ibu tunggal - tak kira apa sebabnya dia menjadi "tunggal".

Photo taken from : www.prweb.com
Tempoh hari ada seorang pekerja pembersihan di office yang bercerita ketika sedang lunch.. kebetulan hari tu lunch kat pantry office je. So.. bila dia bercerita tu ada yang beri feedback.. ada yang mendengar. Antara yang beri feedback tu ialah daku. Daku beri feedback bila kisah anak kecil dia yang dihantar ke baby sitter dilayan seperti ntahapahapa. Antaranya disuruh hisap ibu jadi kaki pengasuh, pastu kena pukul kat kepala kalau ibunya balik lewat dan mcm2 lagi.






Pekerja ini ialah seorang rakyat Malaysia. Dia menghantar anaknya kepada baby sitter warga asing. Kalau kat tv2 selalu nampak laporan majikan2 Malaysia layan warga asing dengan teruk kali ni anak orang Malaysia pula yang diperlakukan dengan teruk oleh warga asing. Siapa yang balas dendam kat siapa daku tak tahu lah.

Seperti biasa... daku ni bila ada berkaitan dengan kanak2 memang telinga ni berdesing2 je mendengar apa yang dia cerita. Banyak lah dialog tercetus hanya disebabkan daku tak puas hati kenapa anaknya diperlakukan begitu.. dan lebih penting.. kenapa dia boleh tahan terus hantar anak ke situ walau dah tahu apa yang berlaku pada anaknya. Adoii.. memang tak boleh blah.

Cerita tu berterusan sampai kepada kisah yang lebih mendalam. Dia telah ditinggalkan suaminya untuk perempuan lain. Suaminya tak mahu ambil tahu tentang anak2nya... tidak mahu ambil tahu apa2 juga.. kesusahan atau kepayahan apatahlagi nafkah duit.

Bila tiba je pada cerita tu.. dia mula mengutuk bekas suaminya. Bila dah sampai tahap macam ni daku lebih suka diam, senyum dan angguk. I can't blame her for the anger, I can't blame her for what is happening to her children. Mana ada emak yang nak biar anak dia diperlakukan begitu kan. Macam2 juga saranan yang daku berikan tapi semuanya menemui jalan buntu sebab alasan2 yang dia berikan. Dan alasan tu so valid untuk orang2 seperti dia.

Bukan aku nak kata dia teruk.. noo... but aku nak kata dia helpless. Tanpa pelajaran yang tinggi kemudian pekerjaan tanpa pulangan lumayan. Tiada pula orang yang membantu atau menyokong dalam kehidupan dia.. suami dah lepas tangan.. family ntah laaa.. daku tak tanya pula pasal family dia. Pendek kata dia sendirian dalam dunia mengharungi kehidupan dunia yang ada ketika sangat kejam.. dan dia perlu bertahan dan teguh demi anak2. Dan dalam masa yang sama orang menganiaya anaknya hanya kerana dia bukan orang berpengaruh.

Hmmm.. betapa tak adilnya manusia ni. I'm not going to tell her yg dia perlu tegakkan kebenaran dan tuntut hak dia dan anak2 di mahkamah... sebabnya.. well me myself pun tak begitu yakin dengan sistem syariah yang ada kat Malaysia ni. Sorry kalau ada yang tersinggung... semua yang daku kata ni berdasarkan pengalaman saudara2 terdekat.. sahabat2.. dan bukan seorang dua. Manusia pandai memutarbelitkan sistem dan undang2 untuk kepentingan diri. Malangnya bagi orang seperti pekerja ni.. she's not one of them yang tahu how to manipulate the system.

Cerita2 tu terhenti di situ dan kami (daku dan officemate) yang bersimpati dengan dia cuba untuk meringankan beban dengan memanggil dia bekerja di rumah kami hujung minggu dan minta dia datang mengurut. Dia memang pandai mengurut. Hehehe.

Kemudian baru2 ni tiba2 dia bercerita yang dia "EL" semalam sebab anak dia yang kecil sakit. Dia diberitahu oleh anaknya yang besar sikit "macamana adik tak sakit.. makcik yang jaga adik tu ambil air jamban bagi adik minum". ADDDOOIIIIII... aku tak boleh dengar laaa benda2 macam ni. Tetiba masa tu daku marah dia pulak... "ko hantar kat rumah orang tu lagi ke?"... dia kata "tak.. saye dah tak hantar kat rumah orang tu.. kali ni orang yang duduk sewa bilik kat rumah saya pula yang saya upah jaga anak2 saya". Daku kata.. "dah pulak.. adoii... ko halau je orang tu".. "dah kak.. saya dah halau.. so skrg saya nak kena cari orang jaga anak saya yg kecik tu".

For your information, dia cuma hantar anak dia yang kecil sahaja utk dijaga atas sebab kewangan manakala anak dia yang dah pandai berdikari tinggal di rumah bersendirian selepas pulang dari sekolah.

Daku tak tahulah kenapa anak2 dia selalu dianiaya. Tapi apa2 pun daku kesian pada anak2 dia dan dia sendiri. Sebagai ibu tunggal yang betul2 "TUNGGAL"... keadaan begini pasti membuat dia sangat tertekan. Dalam senyuman dia siapa yang tahu apa yang ada dalam hatinya. Dalam kata2 dia yang penuh tak berdaya siapa yang tahu kekuatan dalam hatinya untuk menanggung semua ini.

So.. tiba-tiba daku dan officemate yang bercerita dapat satu idea utk meringankan kesukaran ibu2 tunggal ni to juggle life antara anak, kerja dan rumah. Antaranya kalau dapat diwujudkan satu children center di setiap kawasan yg membolehkan orang2 yang berpendapatan rendah meletakkan anak mereka (sekurang2nya yang kecil yg belum mampu jaga diri sendiri) semasa mereka bekerja. Ataupun mewajibkan setiap syarikat yang mempunyai bilangan pekerja lebih dari xx orang utk mewujudkan childcare dan kos2 yang melibatkan childcare ini diberikan sebagai pelepasan cukai 100%. Ada beberapa lagi cadangan.. tapi rasanya yang viable for now is these 2 la.

Kalau takut rugi silalah tarik balik subsidy "gadget" kepada golongan belia yang tak lebih penting pun daripada kemaslahatan anak2 kecil sebagai sumber manusia negara kita. Lebih senang hati seorang ibu dengan keselamatan anak2nya.. mereka akan jadi lebih produktif.

Semoga Allah membantu semua ibu2 tunggal di luar sana dan berikan kekuatan kepada mereka untuk mengharungi hidup ini serta berikan mereka keteguhan iman seandainya ditakdirkan hidup tanpa seorang yang bergelar suami hingga ke akhir hayat. Jadikanlah anak2 mereka sebagai anak2 yang soleh dan solehah serta berjaya.. usah diwarisi kesukaran hidup ibunya.

Aaamiiiiinnn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...