Sahabat

Isnin, 14 Mac 2011

SEGMEN : BEN ASHAARI SOAL CINTA

BANNER BEN ASHAARI

1) LELAKI pilihan anda ?
Lelaki pilihan hati seringnya idealistik. Idealistik selalunya tak mudah dicari. Lelaki pilihan saya mesti punya didikan agama yang cukup untuk mendidik isteri dan anak. Bila ada agamanya maka attitudenya insya-Allah terpelihara juga. Wajah - senang mata saya memandang. Badan - Sihat untuk memapah saya bila sakit.


2) Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
Perlu seksi dari pandangan mata saya. Seksi saya definisikan sebagai seorang yang sangat menarik hati.

3)LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ? 

Tidak. Lelaki seringkali dikatakan berkorban sebelum memiliki cinta kerana seringkali terjadi bila setelah memiliki cinta mereka sangat yakin cinta itu milik mereka selamanya. Take things for granted is the best to describe it. Sedangkan mereka tak sedar wanita perlu di"orat" setiap masa. Ini salah satu perkara yang buat wanita terus rasa dihargai. Sebab tu lelaki sering dikaitkan dengan pengorbanan sebelum mendapat cinta.


4) Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?

Saya sanggup bermadu atas beberapa syarat. Syarat2nya tak perlulah saya sebutkan. So sekarang saya jawab dua2 eh. Saya sanggup bermadu kerana saya percaya ada hikmah disebalik apa yang telah Allah tetapkan. Pasti ada.. walaupun pahit untuk menerima tapi pasti ada sinarnya nanti. Dan juga kerana bagi saya suami hanya satu pinjaman dari Allah untuk menguji kaum wanita di dunia ini yang membolehkan wanita memperolehi kebaikan dunia dan akhirat. Begitu juga sebaliknya. Saya tak sanggup bermadu kerana suami saya tak mempunyai kemampuan seperti yang telah Allah tetapkan dan dia tak mampu untuk berlaku adil kepada keluarga saya dan keluarga madu. Dari redha Allah yang dicari tapi bala dan dosa pula dapat.. lebih baik tak payah la bang. :o)


5) Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
Saya ni seorang wanita yang cool. Insya-Allah saya akan teruskan sikap "cool" saya dan professionalisme saya sebagai seorang Muslimah. Antara perkara2 yang akan saya lakukan saya akan tanya sendiri pada suami dan wanita tersebut. Andai kata mereka benar2 dilamun cinta dan suami pula mampu, apa salahnya saya membenarkan.. namun ia juga datang dengan syarat. Syarat2 yang saya kenakan tak lain untuk memelihara kepentingan keluarga saya (saya dan anak2), suami dan juga wanita itu dunia dan akhirat.


6) LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
Sepanjang hidup saya, lebih dari 80% yang curang yang saya kenali adalah lelaki. Namun begitu saya tidak akan kata lelaki mudah berlaku curang. Stigma ini mungkin benar pada 20 tahun terdahulu sebabnya dahulunya lelaki menjadi pencari nafkah utama. Merekalah yang lebih terdedah kepada bermacam2 perkara2 sosial. Tapi hari ini, wanita turut sama menjadi pencari nafkah utama keluarga maka mereka juga terdedah dengan perkara sosial sama seperti lelaki2. So the possibilities nowadays is almost the same.


7) SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Setia adalah subjektif. Bergantung kepada individu. Sama juga seperti di atas, kalau dahulunya wanita majoriti duduk di rumah menjaga anak dan rumahtangga, fokusnya tak terganggu maka mereka lebih setia. Tapi zaman ini.. kwang kwang kwang.


8) Apakah anda seorang yang mudah cemburu?
Ya, saya mudah cemburu.
.......

3 ulasan:

  1. suka 3x....... memang profesional. aku kalau bab menjawab soalan2 gini memang fail.. hahahaha...

    BalasPadam
  2. entry yg sgt bagus...
    ...:)

    sy ni newbiee lagi...
    datang dari blog bro ben..
    jom bce info mnarik tentang petua orang2 tua untuk jga kecntikan tubuh badan...laki n pmpn..:)x

    BalasPadam
  3. Hehehe.. selamat datang Prince. Jap gi saya singgah sana ye. :)

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...