Sahabat

Selasa, 12 April 2011

Tak Berhati Perut

Tadi seperti biasa setiap petang daku mengambil Syadiyah dari sekolah. Hari ni keadaan jalanraya agak teruk.. kesesakan di sana sini sebab terjadi banjir kilat. Bila dah ambil Syadiyah daku hantar seorang officemate ke rumahnya pula. Pastu memandu seperti biasa untuk balik ke rumah. Semasa di susur keluar untuk ke jalan masuk kawasan perumahan daku tu banyak kereta yang memotong barisan.

Ada antara kereta2 tu menghimpit keretaku sangat dekat. Agaknya sebab penat daku takde rasa nak mengalah. Sambil tu daku membebel. "Hish.. diorang ni kan.. betul lah". Syadiyah menyampuk.. "betul apa mama?". Daku sambung.. "betul2 tak berhati perut tau"... kemudian Syadiyah bertanya.. "tak berhati perut tu apa mama?".

Tak sempat daku jawab Syadiyah sambung lagi..

"Oh.. Syadiyah tahu.. diorang tak berhati perut sebab diorang tak jaga hati dan perut diorang kan mama?"

Daku gelak bagai nak rak dengan interpretasi Syadiyah tentang "tak berhati perut" tu. Pastu daku explain sampai dia faham. Penghujungnya Syadiyah berkata.. "ooo.. macam pentingkan diri sendiri la eh". Syadiyah oh Syadiyah.

2 ulasan:

  1. haha... x berhati dan x berperut... trus hilang rasa stress masa memandu ek... =)

    BalasPadam
  2. CKK.. betul tu.. tak terjangkau akal saya ni yg Syadiyah akan cakap macam tu. Hehe.. naive betul pemikiran budak2 ni. Terus je mood baik. Hehe.

    BalasPadam

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...