Sahabat

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ramadhan Kali Ini - Part 1

Source : Parkson.com.my
Salam kengkawan.

Kali ni sebenarnya nak cakap sikit tentang apa yang seringkali berlaku ketika kita akan menyambut perayaan. Macam kali ni.. kita bakal menyambut Syawal. Banyak ujian yang datang dalam bulan Ramadhan sebelum Syawal benar2 tiba untuk kita raikannya. Walaupun syaitan dah kena ikat dalam bulan Ramadhan.. tapi kita masih ada nafsu yang boleh buat kita fail dalam ujian2 yang Allah berikan.

Daku pun tak ketinggalan diberikan pelbagai ujian dan dugaan. Bermula dari 4 Ramadhan.. sampailah hari ni which is dah almost penghujung Ramadhan dan saat hampir tibanya Syawal yang kita nanti2kan. Sebelum Syawal tiba.. daku muhasabah diri dan menilai apa yang telah daku lakukan sepanjang Ramadhan ni. Banyak fail ke banyak lulus.

Dalam pada berfikir2 tu... daku tiba2 tersedar tentang apa yang berlaku beberapa hari lalu.. off course dalam bulan Ramadhan. Macam yang korang tau, daku dah tukar department baru dengan bos baru dan juga dengan tambahan job D. Daku memang gembira dengan perubahan ni.. honestly. Alhamdulillah... Allah mendengar juga doa daku setelah hampir setahun berpegang kepada usaha, doa, tawakkal serta sabar without any loopholes.

Dalam department baru ni daku ditugaskan menyelia tambahan 4 business unit berbanding dengan 1 unit sahaja ketika di department lama. So.. altogether daku kena selia 5 business unit. Few days back... daku dapat panggilan telefon dari salah satu supplier. Perbualan lebih kurang begini..

Ahad, 21 Ogos 2011

Kemalangan Tepi Jalanraya - Final

sambungan... daku tanya dia..

"eh berapa sebenarnya"
"40 kak"
"tadi awak kata 25"
"akak salah dengar.. saya kata Mines pergi Serdang Jaya 15.. Serdang Jaya pergi sini 25.. 15 + 25 = 40".
"awak tak cakap macam tu pun.. awak cuma kata 'kalau macam tu RM25'.. takde pulak awak cakap 15 + 25".
"taklah kak.. memang 40 kak"


Masa ni kan.. ketenangan dan kesabaran daku yang genuine sejak dari pagi sudah tercabar dan terpalit dengan debu.. debu yang datang dari sisa2 kebakaran.. kebakaran yang datang dari hatiku yang SANGAT PANAS OKEH. Lalu daku pun membebel tak hingat...antara statement2 daku yg masih daku ingat..

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kemalangan Tepi Jalanraya - Part 3

Masa daku tengah melayan pertanyaan seorang makcik dari surau tu suamiku pun sampai. Pastu daku minta diri dari makcik2 tu terus je salam suamiku. Pastu daku cerita sikit lebih kurang dan tunjukkan bapa girl yang langgar kereta daku tu. Pastu hubby terus je pergi jumpa dia dan berbincang apa yang patut.

Lepas tu hubby ku datang padaku dan kata.. "ok.. kita tunggu dia punya tow truck datang. Dia nak hantar ke bengkel kawan dia". Masa tu jugak the indian guy yang datang padaku tadi terus je datang berbual dengan suamiku. Daku malas nak layan so daku duduk di tepi balai raya. Tak dapat pujuk suamiku.. tetiba kejap lagi tu ada kereta myvi pulak datang.. siap pakai siren polis.. bawak laju2 dan berhenti macam emergency gila gamaknya. Oh.. chinese guy pulak. Dia pun pujuk hubbyku supaya guna tow truck dia dan hantar ke bengkel dia. Hubby ku seperti biasa.. dia adalah dia.. katanya adalah keputusan muktamad... kalau nak ubah.. dia je boleh ubah tapi bukan atas desakan siapa2. So.. kecewa je dua2 mamat tu daku tengok.

Kejap lagi tu datang pulak sebijik lagi kereta toyota pulak.. indian guy.. kali ni dia nak "try" jugak.. tapi hubby ku terus kata.. "sorry eh.. saya tak mau dengar". Huhu. Sape laaa berani nak membangkang hubby ku.. tengoklah muka dia. Wehehehe.. sorry eh bang.. ni bukan ngumpat.. ni puji ni.. abang hencem je pada pandangan saye. Hehe.

Setelah tow truck datang kami ke balai polis trafik berhampiran untuk membuat laporan. Selesai membuat laporan kami pun mengikut tow truck dengan menaiki kereta ejen tow truck tu untuk dibawa ke bengkel. Beberapa dokumen diperlukan. Daku janji nak bagi esoknya which is hari Jumaat.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Kemalangan Tepi Jalanraya - Part 2

Masa tu juga.. orang2 dalam surau tu dah selesai tazkirah. Maka ramailah yang keluar dengan bertekelung dan berkopiah. Ramai yang tanya daku.. "kereta siapa ni".. tak jemu pula daku menjawab.. "kereta saya cik". Dalam pada tu daku dah siap call husband daku suruh datang.

Masa daku cakap dalam phone tu daku kata.. "bang.. kita accident".. dia panic.. "hah??? teruk ke?"... daku jawab.. "teruklah kereta"... dia kata "cemana boleh accident"... daku jawab.. "kita tengah tunggu van Kak Ummi kat dewan ni.. dah park dah.. tetiba kereta terbabas dan langgar kita. Abang datang tau bang.. tonto pun dah ada ni.. nanti karang kita termakan pujuk rayu diorang ni... kalau abang keras banyak.."... katanya.. "OK.. TUNGGU SAYA DATANG".. wah wah wah.. garang bunyiknya. Adei. Tapi dia tak lupa tanya.. "Syadiyah mana..".. "ada kat sini.. tengah main dengan anak kucing.. tengah tunggu kak Ummi ni".

Kejap lagi tu van sekolah Syadiyah datang.. daku naikkan Syadiyah ke van dan pesan seperti biasa.. peluk cium macam biasa jugak.. Kak Ummi tu sibuk tanya.. sebabnya masa daku baru kena tu dia ada lalu.. memang dia lalu situ 1st round pukul 6 lebih.. pastu ambik Syadiyah masa 2nd round pukul 7.10. Pastu sebelum bergerak Syadiyah sempat berpesan yang membuat hatiku terasa hiba.. "mama.. jaga diri elok2 tau". Huhu anakku.

Korang nak tau tak.. kat kawasan daku kemalangan tu semua ada.. complete.. ada surau, dewan raya, restoran, balai  bomba, balai polis, balai polis trafik... semua ada.. hehehe. Bomba dengan balai polis & polis trafik tu satu deret je. Balai polis trafik tu je yg paling jauh antara 3 balai ni.. dalam 600 meter.

Ni kalau korang nampak org2 baru keluar surau kat sebelah kereta daku.
Pastu daku nak call polis. Anggota bomba tu bagi daku nombor telefon balai polis sebab dia takde no phone polis trafik tu. So aku call la.. polis tu menjawab dan daku kata nak lapor kemalangan di kawasan sekian sekian. Pastu daku bagitau dia.. saya takde no phone balai polis trafik sebelah tu.. so boleh tolong maklumkan pada diorang tak? Tetiba dia leh plak tanya soalan cepu emas.. "hmm.. ada gaduh ke cik?"... daku ada sentap la jugak kan.. "sape pulak yg gaduh encik?". Dia terdiam.. pastu dia kata.. "ok nanti saya hantar anggota ke sana ye". Takde pulak dia nak tanya.. "ada kecederaan ke".. "ada perkara kecemasan lain yg perlu saya tahu".. adoii.. polis neh.. pakkal je daku tengah cool.

Kemalangan Tepi Jalanraya - Part 1

Salam friends...

Hari ni tak berapa ada mood nak bercerita panjang2. Tapi kalau daku kata pendek pun korang masih akan membaca sebuah karangan yang panjang. Muahahaha.

Pada hari Khamis yg lepas 4hb Ogos = 4 Ramadhan... pagi2 seperti biasa daku hantar Syadiyah untuk naik van sekolah di sebuah kawasan ni. Kawasan menunggu tu ada surau, dewan serbaguna dan juga sebuah restoran. Kebetulan pada hari tu ada banyak kereta di kawasan tu sebab kat surau tu ada tazkirah. Jadi daku tak dapat parking ke dalam sikit seperti biasa. Daku parking je di sebelah salah sebuah kereta. Tapi itu pun masih lagi di luar kawasan jalan raya.

Daku menunggu van sekolah Syadiyah sambil membaca email kat hp. Sambil2 tu buka la FB. Heheh. Seperti biasa daku tunggu dalam kereta la sambil enjin terpasang dengan aircond. Syadiyah tengah tidur di seat belakang. Kesian dia kena bangun pagi2 hanya sebab nak bersekolah di sekolah yg jauh dari rumah. Tak sampai sepuluh minit daku menunggu, tetiba daku terdengar bunyi ngauman enjin. Bunyinya adalah bunyi pedal accelerator yang ditekan tapi gear tak masuk.

So, daku pandang ke bahagian sebelah kanan sebab di situlah jalanraya. Jantungku berdegup laju bila tengok ada sebuah kereta dari arah belakang tu dah melintang kat jalan raya tu dalam keadaan bergerak. Dah macam ketam berjalanlah kiranya kereta tu. Yang lagi panic.. dia melintang tu.. dia menghala ke arah aku.

Isnin, 1 Ogos 2011

Tol

Source : Google
Salam friendsss... hehe. Kali ni nak buat citer pendek je. Hehe.. meh nengok betapa pendeknya.

Beberapa hari yang lepas daku memang seperti biasa bila pergi kerja tu kena lalui tol. So sampai kat tol ni harganya RM1.30 tapi daku takde duit syiling maka daku beri RM2.00. Petugas tol pada masa tu ialah seorang lelaki. Wajah dia memang wajah "know nothing" and "I don't care". Daku tak kisah sebab daku bukan nak tengok muka dia pun... yang penting duit daku dipulangkan.

Bila dia terima duit daku dia terus mengira seperti biasa dan memulangkan duit baki. Masa pulangkan duit baki tu daku tadah tapak tangan.. dia perlu letakkan duit atas tapak tangan daku. Ntah kenapa tetiba duit tu bley plak jatuh kan. Adeh... ni yang maleh ni.. nak bukak pintu pastu amik duit. Adoii. Mulanya daku nak hangin la jugak dengan budak tu.. nak je cakap.. takleh ke bagi elok2. Pastu cepat2 daku muhasabah diri.. dia tak sengaja kot... takkanlah dia sengaja. Tak baik berburuk sangka. Daku pun tenangkan hati dalam masa yang singkat sambil buka pintu untuk ambil duit.

Bila daku tengok je kat tempat duit daku jatuh... tersangatlaaaaa terkejutnya. Balance daku hanya 70 sen.. ada 50 sen sekeping dengan 20 sen sekeping. Tapi kat situ ada beberapa keping syiling 10 sen. Daku terberhenti sekejap sebab pelik. Pastu daku fikir.. apa kisah. So daku kutip duit yang lain2 tu juga dan cuba serahkan kepada petugas tol. Yang buat daku lagi cam skeptik gitu kan sebab dia tak hirau pun daku ni tengah kutip duit ke apa ke.. dia buat bodoh je. Sampai masa nak bagi duit2 lain tu pun daku kena panggil dia. Daku kata.. "dik.. ooo dik. ADIK. Ambik ni duit orang yang tercicir".. sambil letak atas tapak tangan dia.. pastu terkebil2 dia tengok daku sambil senyum sikit dan kata.. "terima kasih".

Maknanya dah banyak orang yang duitnya tercicir tapi maybe malas nak ambik so diorang biarkan aje. Adooiiyyaiii.

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...