Sahabat

Ahad, 23 Jun 2013

Scabbies : Kudis Buta (Part 2 - Final)

Assalamualaikum semua.. dah lama part 1 publish.. part 2 plak lewat giler. Takpe.. at least ada kan kan. Hehe. Ok sambungan...

Bila dah pakai scaboma lotion.. gatalnya berkurangan.. tapi takde tanda2 pun nak hilang. Selain tu doktor ada bagi ubat makan.. itu pun macam tak memberi kesan. Hmm.. takkan nak tambah dos ubat plak kan.. so daku ambil keputusan untuk buat natural remedies.. daku buat banyak search kat internet berkaitan scabbies.

Stars with understanding scabbies mites ni.. kitaran hidup.. apa yg menyebab dia mati dan bermacam2 lagi. Antara yg daku masih boleh ingat.

Selasa, 1 Januari 2013

Scabbies : Kudis Buta (Part 1)

Assalamualaikum semuaaa...

Tiba2 hari ni terasa nak kongsi satu pengalaman yang boleh dikatakan menyeramkan dan menggerunkan. Hehehe.. menyeramkan sebab nama "kudis buta" tu dah sentiasa dimomok-momokkan oleh ibu bapa kita dari kecik lagi kan. Pendek kata kalau dapat kudis buta tu bermakna orang tu sangat pengotor dan menggelikan. Tapi itu dulu laaa.. masa zaman mak bapak kita dulu. Zaman sekarang ni boleh juga dapat kudis buta.

Ahad, 16 Disember 2012

Ibu Tunggal : Dilema dan Masalah

Salam semua. Hari ni tiba2 terasa nak berkongsi satu cerita dan seperti biasa... beri pendapat dari pandangan kamidandunia dalam hal ini. Ibu tunggal ada pelbagai jenis ibu tunggal.. tapi yang pasti ibu tunggal itu merujuk kepada wanita yang dah punya anak dan tiada suami. Tiada suami sebab suami meninggal atau sebab belum berkahwin.... itu persoalan lain. Kali ni nak berbicara tentang ibu tunggal - tak kira apa sebabnya dia menjadi "tunggal".

Photo taken from : www.prweb.com
Tempoh hari ada seorang pekerja pembersihan di office yang bercerita ketika sedang lunch.. kebetulan hari tu lunch kat pantry office je. So.. bila dia bercerita tu ada yang beri feedback.. ada yang mendengar. Antara yang beri feedback tu ialah daku. Daku beri feedback bila kisah anak kecil dia yang dihantar ke baby sitter dilayan seperti ntahapahapa. Antaranya disuruh hisap ibu jadi kaki pengasuh, pastu kena pukul kat kepala kalau ibunya balik lewat dan mcm2 lagi.





Ahad, 21 Oktober 2012

Kisah "Panic" Di Tepi Jalan

Salam friends...

Dah berminggu nak menulis kisah ni tapi tak berkesempatan. Ada je kesibukan dan halangan. Hehehehe. Kali ni nak bercerita tentang apa yang berlaku lebih kurang dua - 3 minggu lepas.

Image Source
Hari tu daku dan suami mengambil Syadiyah pulang dari sekolah dan kemudian terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang dah hampir nak sampai ke kawasan tempat tinggal kami tiba-tiba encik Suami ku mengubah haluan mengikuti laluan lain. Hmmm... buat daku panas jeee. Bukan apa.. daku tak suka ikut laluan tu sebab jemnya tak boleh nak lari langsung. Sebab tu daku suka ikut jalan yang biasa di lalui. Tapi nak buat cemana kan.. dah encik Suami memilih jalan tu.. "ok sket" katanya. Daku pandang dia dan kata dalma hati.. "ok ke hapa... menambah jam lagi ada la".. hmmm redha je la.. hehehe.

Ahad, 9 September 2012

Ramadhan : Saya Berubah Lagi

Salam friends... hehehe.. tajuk cam gempak je kan. Sebenarnya semua orang pun berubah dan setiap orang tu pun sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa sejak dilahirkan sampailah hingga ke akhir hayat. Well... daku pun sama la jugaaaaakkkkk. Cuma bezanya perubahan daku kali ni.... perbezaan yang took place only after more than 30 years. Hehe.

Picture from : www.befoodsmart.com
Semuanya terjadi ketika Ramadhan yang baru je berlalu. Seperti yang korang tau.. errrr yang kenal saya cukup lama untuk mengetahui yang daku dan memasak ibarat dalam dua dunia yang berbeza. Muahahahahaha. Daku ni nama je anak tukang masak... bapak tukang masak.. mak pandai masak.. tapi daku.. adoiii. Bagi daku masak memasak ni adalah kerja yang sangat remeh. Kena potong bawang, kena siang itu, kena blend ini, kena menumbuk itu... alalalalala banyak nyaaaa kerja kena buat. Itu antara faktor yang buat daku takleh ngam dengan "masak".

Ahad, 26 Ogos 2012

Sedih atau???

Salam Friends semuaaaa. Hehe.. kali ni nak berkongsi pendapat peribadi tentang something that just happen.

As you all know.. tv series kegemaran saya which is desperate Housewives dah pun berakhir. Bukan berakhir season ke apa.. kali ni betul2 berakhir.. forever. Lepas ni dah takkan ada season baru. Sebagai yang dah mengikuti sejak awal kemunculan DH ni.. daku terasa lah jugak sedih dan syahdu bila it has come to an end. Hmmm

Bukan nak bercerita tentang DH.. tapi nak bercerita tentang perasaan. Hehe. Bila daku fikir2kan semula mengapa agaknya ada rasa syahdu dan sedih bila something "end". Setelah mengikuti sesuatu sejak ia masih baru dan masih "hijau" bak kata orang tua2... bersama2 melihat ia malalui liku2 kehidupan... dan akhirnya ia tamat atau "the end".. boleh la nak bagi perumpamaan "mati"... kan. Pasti ada perasaan sayu, sedih, syahdu dan berat dalam hati untuk melepaskannya, untuk menerima yang ia akan berakhir.

Salah satu contoh yang terbaru ialah cerita Nur Kasih The Movie.. mengikuti kisah sejak mereka di bangku sekolah, berkahwin, bercinta, beremosi.... sampailah mereka tua dan meninggal dunia. Perasaan yang sama yang saya rasai... walaupun movie tu cuma few hours. Tapi terasa bagai dah lama sangat kenal mereka dan rasa sedih bila Adam meninggal even though Adam yang dah tua tu tak berapa laaaa nak molek macam Adam yang muda tu kan. Heheh. Tapi perasaan reluctant nya tetap sama.

Selasa, 21 Ogos 2012

Sahabat

Assalamualaikum semua...

Diambil dari : http://wardahsafiyya.blogspot.com
Wah wah.. dah lama daku tak update blog ni. Bukan kata bersawang... dah nak roboh dah tiang seri. Hahaha. Sebenarnya daku sangat bz dengan kerja. Macam2 jenis sibuk... company re-org, daku tukar department, hand over and take over.. hmmm.. sangat penuh jadual. Takpe laaa.. yang penting daku selalu check juga blog ni. Hari ni daku nak berkongsi. Kisah yang sebenarnya dah lama daku taip tapi tak sempat2 nak touch up and publish. So hari ni sempena dengan cuti Hari Raya ni daku luangkan sikit masa untuk update. Bila mula balik menaip ni terasa idea dah karat abes. Hehehe.

Daku rasa korang pun mesti pernah hadapi dan jumpa dengan keadaan dan orang yang begini. Seumur hidup daku selalu juga daku jumpa orang macam ni. Tak ada bezanya orang-orang yang bersikap begini walau di mana pun asal mereka dan dari mana pun mereka tinggal.

Sabtu, 24 Mac 2012

Dialog : Part 1

Dialog 1

A : Hello B, aku dengar kau ada masalah dengan laki kau betul ke?
B : (Terdiam sekejap). Takdelah mana ada. Sape yang bagitau kau?
A : Ade la.
B : Takpe.. nanti kau cakap kat orang yang cerita kat kau tu...
A : (mencelah).. aku tak ingat la sape bagitau aku
B : Oh ye ke.. lupa dah. Takpe.. kalau kau ingat nanti kau bagitau kat dia.. asal pergi jumpa kau tu bawak cerita mengumpat.. dah takde kerja ke? Jaja cerita orang. Tak payah kepoh hal rumahtangga aku... jaga hal rumahtangga sendiri.
A : Hmm.. aku lupa la siapa.
B : Takpe.. kalau kau ingat la nanti. Aku ni memang popular gile kan.. ngalahkan artis dari hal kerja sampai hal rumahtangga aku semua korang nak jadikan bahan cerita.


Dialog 2

A : Wei.. orang belakang nak lalu laa. Gerak la
B : (Pandang je melalui tingkap kereta)
A : Apa la ko ni.. wei.. kereta belakang nak lalu la.. gerak laaa
B : (Pandang lagi sekali)
A : (Tak senang duduk, dah sampai nak bangun dari tempat duduk dia.. dia pemandu bas, penumpang semua pun memandang B)
B : (Buka tingkap) Ada apa hal cik?
A : Awak tak dengar ke kereta belakang hon, diorang nak lalu la. Awak gerak la.
B : (Dengan berangin) Saya dah on lampu hazard, tak reti ke kalau lampu hazard tu apa maknanya. Tadi belakang saya kosong, apasal diorang masuk lane belakang saya juga dari jauh dah nampak. Yang awak pun sibuk2 ni apa hal? Tak payah la sibuk, saya tahulah apa saya buat.
A : (Tutup pintu bas sambil geleng2 kepala)
B : Ada yang makan pelempang ni karang. Takde budi bahasa langsung, mentang2 aku diam je dari tadi.



Dialog 3

A : Saya taknak kerja sini lagi
B : Kenapa pulak?
A : Sebab saya nak timba pengalaman lain
B : Tempat baru yang kamu nak pergi tu pun sama jugak macam kat sini
A : Selain tu saya nak cuba join kat tempat baru tu
B : Sini pun kamu baru je join
A : Saya taknak buat kerja yang setakat kerja clerk je.
B : (Berdesing je telinga dengar statement tu) So selama ni awak buat kerja clerk la walaupun senior exec, padahal orang lain buat lebih dari tu.
A : Saya tak boleh kerja bawah C
B : Kenapa pulak?
A : Tak tahulah kenapa

B bagitau C

C : Kalau dah takde alasan lain yang logik dan boleh diterima untuk keluar dari sini, kenapa nama saya pulak yang disebut? Tak pasal2 saya jugaklah yang buruk?



Dialog 4

A : Aku tak suka dengan C tu sebab dia suka simpan document
B : Dia simpan document kau ke?
A : Taklah
B : Document yang dia simpan tu buat kau kena marah ke?
A : Taklah
B : So, apa masalah?



..........

Selasa, 24 Januari 2012

Jangan Bersedih

Untuk beberapa tahun kebelakangan ni daku selalu rasa sedih, selalu rasa risau, selalu rasa "very unlucky me".. lebih kurang begitu la perasaan sayeeee. Selalu juga rasa tertekan sebab semua perasaan2 itu. Hari2 buat benda yang sama.. takde peningkatan pun.

Kemudian kelmarin daku bertemu seorang sahabat yang boleh dikira senang juga la.. seronok daku tengok dia. Kebetulan dia baru berpindah ke rumah baru.. sangat besar rumahnya.. rumah idaman ku.. hehehe. Then kami bercerita. Dari ceritanya rupanya dia pun ada alami perkara yang sama macam daku alami.. tapi daku rasa dia lebih teruk sebab dia ada 4 orang anak sedangkan daku hanya seorang anak.. hehehe.. itu pun dah takleh nak cope hahahahaha. So.. di dalam kisah dia tu dia juga berkongsi pengalaman dia sendiri menghadapi perkara2 macam ni.

Ahad, 6 November 2011

Pasar Malam

Picture Source : Simply Just Me
Beberapa minggu lepas daku dan suami pergi ke pasar malam. Dah lama betul tak pergi pasar malam. Sangat-sangat teruja bila dapat pergi setelah sekian lama. Bila dah sampai ke tempat yang dah lama daku tak jejak kaki ni off courselaaa daku nak cari benda2 yang merepek2 kan. Antaranya ice-blended, putu mayam, ayam goreng sodap, jagung bako dan bla bla bla. Banyak betul senarai dalam kepala.. tapi yang dapat 2 - 3 jeerrr.

Seperti kebiasaan daku... memang suka memerhati orang dan perangai2 orang sekeliling ni. Yang kanak2, yang orang dewasa... orang tua2 pun ada. Dalam ramai2 tu tak terlepas dengan orang2 yang meminta sedekah atas sebab kecacatan, usia... dan yang paling menarik tu yang meminta sumbangan atas nama pusat tahfiz. Daku seperti biasa juga... lekas2 je nak keluarkan duit untuk sumbangan. Suami pulak hanya perhati.

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...