Sahabat

Isnin, 27 Jun 2011

Boikot Astro

Salam friendsss.

Hari ni masa menonton berita ada tertarik pada satu isu ni. Iaitu pengguna di ajak memboikot Astro dengan tak membayar bil selama 3 bulan. Tindakan ini adalah berikutan tindakan Astro menaikkan chargesnya.

Daku tak kisah kalau para pelanggan nak boikot ke taknak ke.. sebabnya daku memang tak guna Astro pun. Bukan sebab apa cuma daku rasa daku tak sempat pun nak tengok channel yang banyak2 tu. Heheh. Sedangkan yang ada 6 channel free ni pun daku tak sempat2 nak tengok. That's why I am being selective on the program yang daku nak tengok. Hehe.

Sebenarnya yang lebih buatkan daku tercuit hati ialah bila daku fikirkan.. betapa bersungguh-sungguhnya masyarakat Malaysia nak mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan hiburan yang berpatutan. Tapi bila diajak boikot dengan matlamat untuk meletakkan pressure kepada penyumbang dana kepada zionis agar menghentikan sumbangan tu yang akhirnya akan mencipta masalah "cashflow" kepada zionis demi membela saudara2 seIslam kita di Palestin... semua diam dan beri all possible excuses. Boleh bayar bil Astro RM100++ sebulan tapi tak boleh sumbangkan separuh dari amaun tu kepada tabung Palestin atau setidak2nya spent duit tu untuk beli barang2 tempatan yang dibuat oleh orang Islam yang CONFIRM takde sumbang kepada zionis.

Daku betul2 rasa kecewa dengan masyarakat Malaysia yang begini. Namun dalam masa yang sama daku tahu.. "ini adalah hak masing2". So true. Dan dalam masa yang sama juga daku tahu.. tak semua rakyat Malaysia begitu mementingkan diri.. dan masih ada yang prihatin dan berusaha.. bukan sekadar berdoa dan bertawakkal "bagi pihak" saudara2 kita di Palestin.

Kalau ada yang sebelum ni tak pernah ambil tahu.. dan kini tergerak hati untuk ambil tahu apakah barang2 yang boleh diboikot serta tindakan2 lain yang boleh dilakukan sebagai tambahan kepada boikot.. silalah ke website INMINDS.

Wallahu'alam.

Syahid!!!

Salam frens.

Hari ni daku menonton siri NCIS. Kisah kali ni ada membabitkan keturunan raja Arab. Memang cerita ni best.. dand aku suke sangat citer ni.. sebab banyak buat kita berfikir. Cuma ada satu benda yang daku takleh blah dalam kisah kali ni.

Ketika anak kepada raja Arab tu terbongkar rahsianya rupa2nya dia yang merancang pembunuhan ke atas adik kandungnya sendiri NCIS pergi berjumpa dengan raja Arab tu. Kemudian mereka ceritakan semuanya dan raja tu dengan tenang kata anaknya dah mengaku. Dan anaknya sekarang dalam jet peribadi untuk balik bersama2 dia ke Arab. Bila NCIS tanya kenapa anaknya rancang nak bunuh anaknya yang seorang lagi.. dia bagi statement.. "dia rasakan cara hidup adiknya akan memalukan keluarga kami. Dan kerana itu dia rasakan adalah lebih baik kalau adiknya mati syahid".

What??? Mati Syahid? Kerana apa? kerana dibunuh abang sendiri? Atas sebab apa? Sebab dia suka berfoya2 dan memalukan keluarga? Hmmmm.... penulis skrip atau cerita episod kali ni maybe typical American yang tak berapa nak pandai. Kalau tak tau next time jangan la pandai2 je sebut syahid. Kenapa cerita omputeh ni selalu kaitkan "penjenayah2" mereka yang berbangsa Arab dan beragama Islam ni dengan pergerakan "jihad" dan juga "mati syahid". Kemudian memperlihatkan yang "jihad" tu adalah perbuatan membunuh tanpa sebab yang waras. Jihad yang diorang tunjukkan dalam cerita2 begini sebenarnya Jihad dalam "definisi" dan pemahaman omputeh2 yang tak berapa nak pandai tapi olok2 pandai ni.

Daku rasa irritate betul dengan pandangan diorang yang dangkal tu.

Cerita tu pun bagi daku hanya cerita yang cuba menyampaikan mesej yang baik dengan menggunakan contoh yang salah. Tapi apa yang PASTI ialah.. mereka ni orang2 yang bodoh sombong... "tak tahu" tapi pura2 tahu dan tak mahu pula belajar bagi betul2 tahu. So.. kekal lah mereka sebagai orang yang "pandai" dalam khayalan mereka sendiri. Muahahahahaha

Rabu, 22 Jun 2011

Tak Terbayang Kedukaannya

Source : HowMuchShouldANewBornEat
Salam friends. Hari ni daku nak kongsi something yang tak siapa pun menyangka. Seperti yang diketahui daku kan kena tukar ke department baru dan reporting to a new bos. Memang banyak kali keluar masuk  bilik dia untuk bincang tentang kerja yang sedang melambak dan perlukan perhatian. In other words, we need all the help that we can get at the moment. So, ada sekali tu seorang staff masuk dan bercakap dengan bos baru. Dia ada beritahu tentang betapa hectic nya ketika month-end closing hingga ketika dia sarat mengandung pun dia kena balik lewat.

Daku tersenyum mendengar ceritanya. Dalam kepalaku terbayang mesti penat dia kena bekerja sampai lewat malam dalam keadaan sarat mengandung. Then, untuk menyenangkan hatinya daku katakan.. "then baby awak mesti bijak sebab tolong mak dia buat closing masa dalam perut". Dia senyum dan kemudian berkata.. "baby saya dah meninggal".. erk.. daku rasa macam salah dengar dan tanya lagi.. "apa dia?".. then dia ulang lagi.. exactly the same statement yg daku "rasa" daku dengar. Terus je daku terdiam. Well what you expect.. I was thinking to cheer her up but end up.. mencungkil pula kisah sedihnya.

Isnin, 20 Jun 2011

Sempurnakah Anda? - Part 2

Source : http://www.sharenator.com
Yang paling tak boleh blah bila dia dengar pasal seorang kawan ni.. terus je dia percaya. Hukum kawan dia tanpa usul periksa. Well.. apa kita boleh expect dari orang macam ni kan.. the brain doesn't function well.

Daku cuma nak dia tanya diri dia sendiri... "sempurna ke daku ni?".. "daku tak pernah ke buat salah?".. "cantik sangat ke daku ni sampai nak kutuk orang lain?"... "pandai sangat berfesyen ke daku ni sampai nak kutuk fesyen orang lain?"... the ultimate question... "sempurnakah aku pada pandangan Allah hingga daku tak kisah untuk membetulkan diri sendiri dan sibuk memperkatakan tentang keburukan orang lain?".

Well wahai orang2 yang bersikap begini.. as far as I am concern.. you are so weak and have no self confidence that you need to spell out other's flaw just to cover yours and you are brainless.. you mouth work much faster than your brain.

Finally.. pergilah kau cermin diri kau dulu. Aku dah muak. Dan daku tak mahu dengar apa2 lagi. Anything comes out from your mouth are negative and you have become a negative energy to the people around you.

Secondly daku nak cerita tentang orang yang suka cari kesilapan orang lain dan tak nampak2 kebaikan yang orang tu dah buat. Ni pun banyak yang daku jumpa. Orang2 yang begini memang heartbreaking. All your effort will go unnoticed.. instead.. dia akan ungkit kisah2 yang lalu kamudian jadikan bahan untuk membuktikan kita salah dan dia betul. Yang lebih pathetic.. bila kisah2 yang dia ungkit tu takde satu pun yang membuktikan kita salah.. tapi dia dapat jadikan seolah2 memang kita bersalah. Hahah.. complicated kan.. tapi orang2 macam ni pun banyak yang ada.

Ahad, 19 Jun 2011

Hari Bapa....

Source : Enigmaphotos(Flickr)
Salam All.

Sebenarnya bukanlah nak cerita pasal hari bapa sangat. Cuma nak kongsi sikit apa maknanya hari bapa pada daku. Sebenarnya "hari" atau "tarikh" nya tu takdelah significant pun dalam hidup daku ni. Cuma yang membuatkan "hari bapa" ni effect hidup daku ialah kerana "mengingatkan".

Well.. daku tak segan nak mengaku.. daku sangat jarang melihat orang lelaki sebagai "bapa" pada hari2 biasa daku melihat mereka.. tak kisahlah siapa pun.. hubby ku ke.. bapa ku ke (allahyarham).. pakcik2 daku ke.. datuk2 ku.. atau sesiapa pun lelaki yang dah menjadi bapa. Daku jarang sekali menghargai mereka sebagai seorang bapa. Maybe sebab daku terbawa2 dengan diriku sebagai seorang ibu.. hahaha. So selfish kan.. macam lah daku sorang je jadi ibu.. orang lain tak jadi bapa. Muehehehe.

So.. bila nampak je iklan2 hari bapa baru daku teringat.. ramai bapa2 di sekelilingku yang daku jarang hargai tanggungjawab mereka sebagai seorang bapa. Bila tengok iklan2 tu buat daku teringatkan mereka2 ni.. dan mula menghargai mereka sebagai bapa. Walaupun diorang selalu nampak cool.. jauh sekali nak menangis macam ibu2 (orang perempuan lah katakan).. tapi jauh di sudut hari mereka.. mereka pun fragile juga macam kita.. mereka pun sayang anak dan keluarga mereka. Cuma mereka do not know how to express their emotion or materialize it.

Tanggungjawab dan beban yang mereka pikul tu kita pun tak berapa nak faham. Maklumlah.. perempuan tak dapat nak faham macamana cara orang yang monotrekking ni berfikir kan kan. Hehehe.

Well kepada semua bapa2 di luar sana.. teruskan menjadi bapa yang hebat dalam cool.. bimbinglah keluarga ke jalan yang diredhai Allah.. we all (kids and wife) sangat menyayangi anda dan menghargai anda.. walaupun adakalanya terlupa.. hehehe. Semoga Allah memberkati kita semua. Amiiin.

Al-Fatihah untuk semua bapa2 yang telah tiada.. termasuk bapaku (Mat Dzid Jamil), pakcik ku (Salam Rahmat), datukku (Abdul Majid Daan & Sahat Sidek).

Sempurnakah Anda? - Part 1

Source : http://www.azzle.com
Salam friends...

Just wanna share few things which I have been observing for quite long and now do not know how to hold it inside. Ini kan tentang sikap manusia. Orang yang jauh dan orang yang sangat dekat dengan kita. Maybe diri kita sendiri pun ada bersikap begini tanpa kita sedari.

Mula2 nak bercakap tentang orang yang suka mengutuk. Selama hidup ni daku banyak memerhatikan orang yang suka mengkritik orang lain tanpa had. Memulakan perbualan dengan topik mengutuk orang lain. Sebenarnya kan friends... kalau nak cari silap orang lain... terlalu banyak yang boleh kita jadikan cerita untuk mengutuknya dan menjatuhkannya. Tapi untuk apa ye? What are we trying to proof by doing all that? Why putting so much effort to find ones flaws to tell it to others?

Adakah ia membantu anda untuk membina keyakinan diri??? dengan merendah2kan orang lain membuatkan anda rasa anda sangat mulia? Well friends.. you are so wrong. Kalau orang2 yang tak matang bolehlah kau gula2kan dan pengaruhi minda mereka dengan cara pemikiran yang tak membina tu. Tapi kalau kau try it on me.. the only thing I will be thinking off is "what is wrong with you?"... in malay.. "apa kena dengan kau ni?".. takde kerja lain ke asyik2 nak kutuk orang.. gosip pasal orang... mengumpat pasal orang.

Khamis, 16 Jun 2011

Jom Boikot

Salam kengkawan. Bagi kengkawan yang dah lama kenal daku tentu tahu tajuk yg memang dah sinonim dengan daku neh. Heheh. Yes... boikot. Kalau orang yang belum kenal mesti ada yang menggambarkan daku sebagai seorang yang negatif.. sebab perkataan "boikot" adalah perkataan yang berunsur negatif sama seperti "jangan", "tidak". Well.. apa pun pandangan korang.. daku terima je la.. tapi marilah baca dulu before making any assumptions okeh bebeh.

Dah bertahun2 daku memboikot ni. Boikot yang daku maksudkan di sini ialah Boikot Ekonomi.. kepada siapa? Kepada Israel dan sekutu2nya.. Kenapa? Untuk menekan mereka agar menghentikan sumbangan kewangan kepada Yayasan Israel supaya yayasan itu lumpuh dan tak mampu lagi membiayai serangan ke atas saudara2 seIslam kita di Palestin. Bunyinya dengar mudah je kan. Tapi sebenarnya dalam hati daku ni sangat berat. Bukan berat nak boikot.. tapi berat perasaan memikirkan apa yang berlaku kepada saudara2 kita di Palestin. Sedang daku tak mampu mengangkat senjata dan berperang bersama mereka. Memang daku tak terdaya.

Daku percaya korang pun tak terdaya nak tinggalkan keluarga di sini dengan anak2 yang masih kecil, dengan kerjaya yang korang bina, dengan ibu bapa yg masih memerlukan kita. Mula2 dulu daku rasa hopeless bila fikirkan "aku tak mampu nak angkat senjata bersama mereka". Tapi daku percaya bahawa kekuatan itu tidak datang dalam bentuk fizikal sahaja. Kekuatan mental juga perlu untuk berjaya. Maka sejak hari itu.. daku kuatkan hati untuk memboikot. Biar banyak mana pun barangan yang perlu diboikot.. daku akan boikot. Tak ada satu pun akan terlepas.

Selasa, 14 Jun 2011

Mathematic.. anyone?

Source : Google
Salam friends...

Hari Sabtu yang lepas daku dan hubby ada pergi ke kedai hardware untuk cari few items untuk rumah kami yang baru. Salah satunya tu ialah hose dan regulator untuk memasak. So kami pun mulalah survey harga. Masa tu kami berada di kawasan rumah lama iaitu di Ukay Perdana. Cuma ada 2 - 3 je kedai hardware di kawasan tu so takdelah susah sangat nak compare harga.

Masuk kedai pertama.. suamiku bertanya pada seorang budak lelaki cina.. terus je dia tunjukkan satu plastik set hose, regulator dan 2 clip. Hubbyku tanya harga.. katanya RM35.00. Hubbyku kata.. "kenapa mahal sangat?".. budak tu kata.. "ini baik punya.. kalau mahu murah punya ada.. amik satu satu la.. hose amik murah punya.. kepala hose pun amik yang ini murah punya.. senang rosak". Hubby ku kata....''ok takpe.. terima kasih ye". Kemudian kami keluar dari situ. Daku tahu dari riak muka hubbyku dia tak puas hati.

Masuk kedai yang kedua pembantu kedai terus tunjuk set hose dan regulator tu. Belek punya belek.. nampak ok.. so kami tanya harga.. dia kata harga RM32 tapi boleh bagi RM31.00. Hubbyku terus je sengeh. Kemudian dia mulakan kata2... "hanya hose tak sampai satu meter, kepala dan 2 pin berharga RM35.00?". Kemudian pembantu kedai tu jawab.. "ye la bang.. ini jenis yang baik punya.. mahal punya".. pastu daku mencelah.. "bang.. yg ini jenis yang sama kat kedai mula2 tadi kan.. maknanya sini lebih murah lah...".. hubbyku jawab.. "yang macam ni.. kat pasar malam pun ada jual"...

Tak pasal2 si pembantu kedai menyampuk.. "mana ada jual kat pasar malam bang.. tak dapat la kat pasar malam"... hubbyku sambung lagi.. "saya kata ada kat pasar malam... tak percaya?".. pembantu tu menjawab.. "mana ada.. tak adalah bang".. akhirnya suamiku berkata.. "awak orang mana? saya orang mana? saya orang sini.. saya tau pasar malam ada jual".. terus je pembantu kedai tu tersipu2 dan berkata.. "oh ya ye.. saya dari mana kan.. hehehe.. saya dari Timor Timor". Muekekekeke.. kenalah sejibik itu orang.

Kemudian hubbyku terangkan padaku yang harga benda tu tak sepatutnya sampai RM31 pun. Dia mula bertanya kepada pembantu kedai.. "ini hose 1 meter berapa ringgit?"... terus pembantu kedai pergi ke kawasan hose dan berkata.. "ini jenis yang sama bang.. 1 meter 5 ringgit"..

"1 meter 5 ringgit? yang dalam plastik ni tak sampai 1 meter pun kan?"
"ya bang"
"ok, kepala gas ni berapa ringgit pulak?"
"Yang jenis ini RM15 bang"
"yang clip ini satu berapa?"
"Yang ini satu 80 sen bang"
"Ok.. sini ada dua.. maknanya 1 ringgit 60 sen"
"5 ringgit campur 15 ringgit campur campur 2 ringgit berapa?"
Daku menjawab.. "22".

Hubby daku senyum sambil melihat pembantu kedai dan berkata.. "so.. macamana set ni boleh jual 9 ringgit lebih mahal? jom kita balik"... pembantu kedai tersenyum2 dan berkata.. "ye lah kan bang".. muehehehe

Kemudian kami terus menuju pulang ke rumah dan singgah di kedai di kawasan puncak jalil berdekatan rumah baru. Masuk kedai pertama je mereka tunjukkan jenis yang sama.. kandungannya pun sama dengan kualiti yang sama dengan kedai di Ukay Perdana tadi.. harganya???? RM21.00!!!! wekekekekeke.

Daku bingung sket la.. then hubby ku kata.. "Fah.. kat Ukay Perdana orang kaya2.. diorang tak tanya harga betul2. Sebab tu pekedai sana main hentam je harga."

Heheh.. gitu erk. Hmmmm...

Isnin, 13 Jun 2011

What Goes Around Comes Around - Final

Source : Google (ni senyum ikhlas namanya.. hehehe)
Seperti mana2 restructuring, it takes time. So.. system dan structure baru ambil masa untuk dilaksanakan sepenuhnya. Semuanya dibuat step by step. Tapi bagi orang yang tak puas hati dan mahu melihat kegagalan perubahan yang cuba dilakukan, mestilah diorang sengaja cari segala yang possible untuk menggagalkan perancangan yang dah dilakukan. The same goes dengan bos daku. Setiap hari ada sahaja cerita yang dia sampaikan kepada staff2. Kalau dengan daku.. daku beri feedback yang sama jeeee.. which dia tak mahu feedback yang macam tu. So.. dia citer la dengan staff lain.

As expected, staff lain memang termakan sangatlah dengan cerita2 yang dia reka. Bermacam2 cerita yang keluar.. bos baru daku takut la.. sebab dia masih muda la.. tak banyak pengalaman la. Staff2 yang lain ni tukang sebar cerita. Daku tukang dengar dan senyum. Mudah betul diorang ni lupa. Lupa siapa bos kami tu. Dah lupa ke selama beberapa lama kerja dengan dia.. semua yang dia janjikan dan dia ceritakan.. semuanya tak boleh pakai dan tak boleh percaya.

What Goes Around Comes Around - Part 4

SMS ku terus tidak berjawab sehingga hari Ahad. Pada pagi Ahad tu bosku reply dan beritahu anak2 dia sudah keluar dari ward dan dah pulang ke rumah. Oklah.. takpelah kalau macam tu. Kalau masih kat hospital daku ingat nak melawat tapi takde jodoh nak jumpa diorang. Hehe.

Source : Google
Pada hari Isnin dia datang kerja seperti biasa. Kemudian daku tanya dia khabar anak2 dia then found out that anak2 dia kena Denggi Berdarah.. bukan ordinary denggi. Mengucap panjang aku masa tu. Daku ingatkan denggi biasa. Sedangkan denggi biasa pun orang dewasa pun boleh collapse inikan pula budak2 belasan tahun. Tapi diorang dah beransur pulih. Pada ketika itu daku dapat rasakan dia dah mula berubah... semakin ok. Sejak dari hari tu juga dia dah tak bias lagi dengan daku. Dia layan daku dengan sangat elok. Cuma seperti biasa.. dia punya temberang tu masih lagi tak hilang.. bila nak insaf.. ??? wehehehehehehe

Few weeks before that, ada orang call daku. Rupa2nya bos dept baru tu yg call. Mula2nya dia bertanya tentang daku punya personal info.. kemudian dia bertanya tentang mereka2 yang tinggal yang akan ke dept dia. Seorang demi seorang daku ceritakan melalui phone.

Bila daku letak je gagang telefon... tau2 je bos daku tu dah ada kat sebelah daku.. erk.. bila masa pulak dia diri sebelah daku. Dia sangat jarang yg betul2 jarang berdiri di tempat daku. Dia ni macam ada bau je... tau2 je bos baru daku nak call daku. Masa daku berbual dengan officemate tiba2 dia datang dan menyampuk buka cerita pasal dept baru yg daku bakal masuk tu. Banyaklah dia cuba nak cerita negatif pasal bos dan dept baru daku tu. Pastu tak pasal2 je dia cakap.. "bos baru u tu sangat takut nak take over. Dia ada call you kan Zalifah?".. daku buat muka biasa dan kata.. "ntahlah.. tadi dia kenalkan diri siapa tah nama dia.. secretary bos baru tu kot"... hehehehe.. pandai tak cover line. Muehehehe. Dia pandai nak korek.. daku pandai nak sembunyi.. :p taktik jahat betul bos daku tu.

Bersambung esok pulak ye.. penat dah ni.. makin pendek dah ni.. takde idea nak menaip.... hehehehe

What Goes Around Comes Around - Part 3

Dia mula bercerita pada daku.. "Zalifah, don't worry ok.. your new bos told me she don't know what to do. She's still young. She's 2 years younger than you." Daku senyum je. Dalam hatiku berkata.. untuk apa daku nak worry.. daku tak worry pun. "They told me that my dept don't need a senior manager to handle the dept and now they take away my dept work give to someone new and put her as senior manager... what are they trying to do?". Daku senyum lagi. "Some more. .. the system is not there yet.. how can you do work without the system? I'm afraid when our dept staff go there and cannot cater with what they want they will say our staff do not know how to do work".

Masa ni daku mula bersuara.. "it's ok bos. Let us wait and see... if they have planned everything and do anything to get the new structure work and provide us with the system but suddenly it failed then it is not the staff's failure because in this current dept they can do it and suddeny in new dept they failed.. why?... it is a proof that there is something wrong with the system". Then dia angguk2.. pastu dia komplen lagi.. daku dengar lagi.. pastu daku ulang lagi.. "it's ok la bos.. don't worry.. let us wait and see the result.. we have no say"... dia kata.. "yes.. we have no say. Takpe laa.. Tuhan ada.. nanti diorang dapat balasan".. sambil dia tunjuk jari telunjuk ke atas. Kemudian daku dengan pantas sambung.. "yes bos.. what goes around comes around". Sebenarnya daku sindir dia.. tapi to my surprise.. sambil senyum dia kata.. "yes.. I like". Eh eh dia ni.. masih tak sedar diri juga rupanya ye. Hmmm.

Source : Google
Pastu yang confirmkan apa yang daku sangkakan selama ni bila dia kata.. "I built up this dept for 4 years and suddenly they take it and give it to someone else. Someone younger and new".. dengan muka kecewa. Betullah pada sangkaanku.. dia tak selesa dengan perubahan yang sedang berlaku sebab menjejaskan kedudukan dia.

What Goes Around Comes Around - Part 2

Dah kecoh tentang dia punya rating yang tak berapa nak bagus tu.. dia minta dengan kitorang nanti kalau bos dia panggei, jawablah apa yang patut. Heheh.. apa kes... dia selalu buruk2kan staff kat bos.. pastu nak kitorang  backing dia pulak. Tapi sebagai orang Islam kan tak baik berdendam. Ayat poyo daku ini. Hehehe

Source : Google
Tak habis dengan kekecohan yang satu ni dalam department kami, tiba2 the whole group of companies ni buat organizational restructuring. Korang boleh imagine... public listed company yang ada berapa banyak subsidiaries dan related company ni buat restructuring. Masa tu kami takdelah rasa apa2 pun. Sedikit demi sedikit bermula penghujung tahun 2010 ada "usikan2" yang berlaku dalam department kami. Mulanya bos daku tu membebel sebab ada bos2 baru yang fresh dan jauh lebih muda dari dia yang baru je masuk terus je nak minta itu dan ini selain bias terhadap dia. Bos2 yang baru tu semuanya ladies.

Kemudian setelah few weeks mendengar bebelan bos daku tu tiba2 company buat massive restructuring. Lagilah bos daku tu membebel. As usual, human are reluctant to changes. Aku dah tahu dah apa dia akan kata tentang restructuring tu.. "they are from different background, suddenly came in and want to change according to their understanding.. how come".. hmmm. Kat belakang diorang tu which is di depan aku lah dia kata macam tu.. tapi bila jumpa the lady bosses tu senyum meleret.. hipokrit nan terserlah. Kiranya daku ni dah jadi macam tempat bercerita ketidakpuasan hati dia lah.


What Goes Around Comes Around - Part 1

Source : Google
Salam. Kali ini daku nak bercerita something yang ada kaitan dengan apa yg pernah berlaku padaku sikit hari dulu. Berkaitan tempat kerja. Kalau member2 masih ingat tentang kisah bos ku dengan percubaan2nya untuk menggoyangkan kedudukanku di company tempatku bekerja sekarang. Segala yang dia lakukan kepadaku atas sebab yg hanya dia dan Allah yang tahu.

Penghujung dan awal tahun hari tu seperti kebanyakan company lain.. ada PMS (Performance Evaluation okeh.. bukan PMS tut) untuk tahun 2010. Mula2 dia buat untuk staff2 yang dibawahnya. Dari dulu sampai sekarang entah macamana dia ratekan staffnya pun semua orang tak faham. Yang pastinya ada unsur2 bias di situ. As usual.. daku tak kisahlah dia nak bias pun and I don't like to listen to things yang belum ada proofnya. Daku dah boleh agak lah PMS daku mesti dia beri teruk berdasarkan apa yang cuba dia lakukan padaku dulu. Semua staff punya job desc yg sama tak kisahlah apa pun gred mereka. Hehe. As usual juga kita perlu letakkan rating kita sendiri and then consult dengan dia. Masa consult tu bukan consult pun.. dia just slash down the rate kemudian suruh kita tukar. Itu dalam column yang kita rate diri kita sendiri okeh. Kemudian dalam column dia pulak dia akan letak juga.. off course lebih rendah dari yg kita letak (which is sebenarnya dia yg tentukan). Maknanya dua2 column tu pun dia yg tentukan. Daku tak tahulah dari mana datangnya this kind of "stupidity" kan. Nak kata tak sekolah.. tinggi sekolah dia tu. Hmmm.

Extra Cash with Heart Beat (Not against Nuffnang rules)

Assalamualaikum semua,

Ni nak sharing dengan semua mengenai satu lagi cara untuk menambah pendapatan. Seperti biasa.. iklan klik klik dapat duit. Hehehe. Setiap klik akan memberikan 4 sen di dalam akaun anda. Yang sangat penting yang perlu kita tahu ialah iklan ini tidak bercanggah dengan peraturan Nuffnang sebab Hearbeat bukan merupakan competitor. Perniagaan Nuffnang ialah pengiklanan manakala Hearbeat pula menjual cenderahati. So.. there's no conflict of interest.

Untuk mula memperolehi pendapatan, sila ikut step2 yang telah saya sediakan ye. Ikut betul2.. mesti boleh dapat. Tak susah mana pun. Hehe.

1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



Nak tau seterusnyaa??? Klik di Baca Seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...